Monday 29 June 2015

PROFIL

 MY   PROFILE







Nama         : Marina  Binti Mohd Salleh
No. Matrik : A 143744
Program     : Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan ( Kepujian)
Semester   : Tahun 2 Semester 2
Module       : GGG2123 Teknologi dan Inovasi Dalam Pendidikan
Masa          : 1500- 1700 ( Khamis)
Facebook   : Marina Mohd Salleh
Email         : marinaaliff@gmail.com
No. Tel      : 012-9401670
Alamat Rumah : Lot 179,Jln 11/141, Kg Malaysia Tambahan,57100 Sg Besi,KL

10 GAMBAR BBM







Side Shot


Front Shot Angle


Left Angle Shot



Low Angle Shot


Bottom Angle Shot


Long Shot


Right Angle Shot



Top Angle Shot



Near Shot Angle



Overview



VIDEO KUMPULAN



Sunday 28 June 2015

Esei

Kepentingan ICT dalam profesion kejururawatan

Seiring dengan era kemajuan ICT masakini, jururawat perlu peka dalam pembangunan teknologi dan inovasi terkini bagi meningkatkan profesion kejururawatan di mata masyarakat dunia . Dalam era global kini yang mementingkan pengetahuan ICT, jururawat perlu bersaing serta berusaha meningkatkan pengetahuan serta membudayakan ICT dalam rutin tugasan harian bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan serta membuatkan segala tugasan menjadi lebih lancar dan pantas.
Sekiranya semua jururawat didalam sesebuah institusi itu celik ICT, ia akan meningkatkan taraf institusi itu sendiri dimata masyarakat memandangkan jururawat adalah golongan terbesar dan merupakan tulang belakang kepada sesebuah instusi kesihatan.
Bagi merealisasikan hasrat agar semua jururawat di Malaysia khasnya celik ICT dalam menjalankan tugasan harian, pelbagai inisiatif boleh dilaksanakan oleh pihak pengurusan hospital dan jururawat itu sendiri khasnya seperti :

1) Pihak pentadbiran hospital perlu menghantar jururawat menghadiri kursus ICTsecara berterusan dan berkala.

2) Jururawat perlu ada inisiatif sendiri menerokai ICT dan memandang ICT sebagai satu bidang yang menyeronokkan untuk diterokai.

Tuesday 23 June 2015

10 Youtube Dalam Inovasi



























           


















10 Gambar Inovasi


1.       ALAT PENGESAN ALIRAN DARAH 



Obesiti merupakan factor penyebab berlakunya pembesaran atrial kiri yang meningkatkan risiko strok, ritma jantung tidak normal serta maut. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal American College of Cardiology itu mendapati struktur jantung serta injap jantung turut mengalami perubahan yang berpunca daripada obesiti.
Alat ini berfungsi bagi mengesan keabnormalan aliran darah ke jantung. Alat pengesan bersaiz dua ibu jari ini diletakkan di saluran darah atau endothelium di mana ianya merupakan punca kepada kerosakan jantung bermula.
Dengan alat ini, kerosakan pada jantung dapat dikesan awal sekurang-kurangnya dua tahun lebih awal dan rawatan segera dapat dilakukan sebelum menjadi lebih teruk.






2.      ROBOT VIDEO PHONE   


Baru-baru ini, sebuah perusahaan peralatan keamanan Tsumk di Jeun  mengeluarkan produk robot anjing. Robot ini dapat langsung menghubungi si pemilik rumah melalui telepon kamera bahkan mengirim langsung wajah si pencuri. Robot ini memanfaatkan teknologi video-phone.

Teknologi robot di Jepun terus berkembang dan semakin canggih. Teknologi robot terbaru ini berbeza dengan robot sebelumnya yang boleh bersuara. Namun soal kemampuannya menjaga keamanan rumah dari pencuri, tetap dapat diandalkan.

Robot yang diperkenalkan ke publik di Tokyo, Jepun, baru-baru ini, dapat langsung menghubungi si pemilik rumah melalui telefon kamera dan mengirim langsung wajah si pencuri. Hal itu boleh dilakukan kerana robot ini dilengkapi piranti sensor yang boleh merngawasi dengan adanya pencuri yang masuk ke rumah.
Robot ini dibuat dengan memanfaatkan teknologi canggih generasi ketiga video-phone. Robot dapat disimpan di samping tempat tidur sebagai pajangan jika tidak digunakan. Dan yang lebih menarik lagi, harga robot ini jauh lebih murah berbanding robot serupa generasi pertama. Robot ini dilepas ke pasaran sekitar 300 ribu yen.






4. UBOX


"UBOX” merupakan sejenis kotak yang berperanan untuk menyimpan ubat-ubatan serta berupaya memberi ubat pada waktu yang tepat serta boleh dihubungkan melalui Bluetooth ke telefon pintar. Apabila tiba masa untuk mengambil ubat, “uBox” akan mengeluarkan bunyi ‘beep’, menyalakan lampu dan memberi isyarat kepada telefon pintar serta membuka bahagian ubat yang perlu diambil pada waktu tersebut. Ia bukan sahaja memberi peringatan bagi pengambilan ubat malahan menyimpan rekod di dalam telefon pintar. 




5.      SERBUK ANTI PERDARAHAN DARI KULIT UDANG (CELOX). 


PENDARAHAN sekiranya dibiarkan tanpa rawatan dalam tempoh jangka masa yang panjang boleh membawa kepada kematian. Justeru adalah sesuatu yang penting untuk semua daripada kita terutamanya anggota keselamatan serta pekerja-pekerja yang perlu mengendalikan jentera berat mempunyai alat untuk menghentikan pendarahan yang boleh bertindak serta merta.


Bagaimanapun ketika ini, sekiranya berlaku pendarahan yang teruk, pesakit biasanya akan terus dirujuk di hospital untuk mendapatkan rawatan dan ini kebiasaannya mengambil masa yang lama. Namun, penyelidikan yang dihasilkan oleh saintis dari SAM Medical Products di Portland, Amerika Syarikat mungkin akan merubah keadaan tersebut apabila mereka berjaya menghasilkan sejenis bahan anti-pendarahan berbentuk serbuk dari kulit udang yang dikenali sebagai Celox.


Sebaik Celox dilekatkan kepada bahagian luka yang berdarah, cas positif serbuk ini akan membuat tauk silang dengan cas negatif sel darah merah lantas menyumbat alirandarah pada bahagian luka yang lebih dalam. Proses yang hanya memakan masa kira-kira lima minit itu jauh berbeza dengan sejenis alat balutan yang digunakan oleh tentera Amerika Syarikat di Iraq dan Afghanistan ketika ini yang bertindak pada bahagian permukaan luka sahaja. Celox juga tidak mendatangkan kesan sampingan kepada pemakainya seperti kepanasan atau kesan terbakar seperti beberapa alat antipendarahan dalam bentuk serbuk lain.






6. Digital Pill


Pada awal bulan Ogos 2012, U.S.Food and Drug Admnistration (FDA)  telah mengiktiraf satu alat yang dikenali ‘Digital Pill’ yang dicipta oleh Proteus Digital Health. Digital pil ini dapat menolong doktor dan jururawat untuk memriksa tahap kesihatan dalam badan pesakit.
Digital pill ini mempunyai satu mikrochip yang diperbuat daripada silicon  yang melekat pada pil tersebut yang hanya bersaiz sebutir pasir. Pil ini mengandungi sejumlah kecil magnesium dan tembaga dan pil ini tidak bergantung kepada bateri untuk berfungsi.
Apabila pesakit menelan pil ini, ia akan menjana voltan yang sedikit apabila ia bertindak balas kepada jus pencernaan di dalam perut. Kemudian, voltan tersebut akan menghantar signal kepada patch sensor di kulit pesakit. Apabila isyarat itu diterima oleh patch, ia dihantar semula kepada aplikasi telefon yang boleh menyampaikan maklumat terus ke doktor pesakit.

Pil ini boleh memastikan jika seseorang pesakit itu mengambil ubat atau pun tidak megikut masa yang ditetapkan dengan dos yang tepat bersasarkan apa yang dipesan oleh doktor.




7. Alat untuk menghentikan pendarahan yang teruk


Seorang tentera laut  Kanada yang juga dikenali sebagai  pakar bedah trauma, DR. Dennis Filips telah mencipta satu alat yang di mana beliau mendapat inspirasi daripada klip rambut . Alat tersebut dikenali sebagai medical clamp yang bertindak untuk menghentikan pendarahan yang teruk dalam masa beberapa saat.
Alat ini juga amat sesuai digunakan di medan peperangan di mana berlakunya pertumpahan darah yang teruk dalam kalangan tentera. Alat ini boleh digunakan sama ada doktor, tentera,  ataupun responder pertama di tempat kejadian. Dengan menggunakan alat ini, pendarahan boleh berhenti secara serta merta dan dapat mengelakkan berlakunya kematian yang disebabkan  pendarahan yang teruk.



9. Ceiling mounted patient lifts


Ceiling mounted patient lifts adalah satu alat  bertujuan mengurang kecederaan kepada staf dalam mengangkat pesakit seperti sakit belakang. Alat ini digunanakan di hospital luar negara dan masih belum digunakan di Malaysia. Ia boleh digunakan kepada peakit yang tidak boleh bergerak dan hanya terlantar di atas katil.
Alat ini boleh digunakan untuk mengangkat pesakit dari katil ke katil, dari katil ke kerusi roda , ke  tandas dan segainya dengan menggunakan tenaga yang minimun. Ia juga memberi kesenangan kepada jururawat dalam proses menukar  cadar dengan hanya mengangkat pesakit menggunakan alat ini.  Alat ini juga boleh mengurang kecederaan kepada sakit seperti pesakit jatuh dari katil semasa mengangkat pesakit secara manual. Selain itu, ia juga boleh mengurangkan kudis tekanan kepada pesakit.



10.Bar code Medical Verification


BMV adalah satu alat yang diciptakan berdasarkan teknologi terkini yang diguna semasa pemberian ubat kepada pesakit supaya ubat yang diberikan adalah tepat seperti yang tlah dipesan oleh doktor. Alat ini boleh mengurangkan risiko kesalahan pemberian ubat kepada pesakit yang sering terjadi dalam kalangan jururawat.
Cara penggunaannya adalah dengan hanya mengimbas bar kod yang berada pada band pengenalan pesakit dan juga bar kod yang berada pada bungkusan ubat untuk memastikan pesakit yang betul, ubat yang betul, dos yang betul, masa yang betol dan teknik pemberian yang betul.